Monday, August 8, 2011

new driftwood for my fish

haha..akhirnya dapat jugak driftwood yang nampak artistik sikit. rm10..agak berbaloi jugak la sebab kalu nak pegi cari sendiri pun blum tentu dapat jumpa yang artistik skit. dah la penat sepasal, minyak lagi..tol lagi..masa lagi..beli aja...senang..hahahha

untuk driftwood yang baru beli, baru jumpa la..ada sedikit tip untuk anda. driftwood tak boleh dimasukkan terus kedalam akuarium..kita tak tau macam mana condition kayu tu..so, untuk keselamatan ikan-ikan, rendam kayu tu dulu selama 3-5 hari untuk mengelakkan dari bendasing pada kayu tu duduk sekali dalam akuarium. tukar air setiap hari, anda akan nampak perbezaan pada kualiti air setelah sehari direndam. air akan kelihatan seperti air teh nipis..:P

seeloknya rendam dengan air panas untuk mensteril kayu anda.

my new driftwood..:D

Wednesday, July 27, 2011

battery powered air pump

di sebebab saya suka berjalan-jalan ke merata tempat, n rumah sewa dekat banting tu kerap power trip..so saya dengan tidak sengajanya membeli air pump menggunakan battery. harganya agak murah sbab motor kecik aje..rm9.50 di kedai xian ling aquarium, shah alam. agak berbaloi jugak benda ni sebab boleh digunakan untuk sementara waktu ketika mencuci aquarium ikan sepenuhnya..


ni kotak pump tersebut


ada sedikit spesifikasi di tepi kotak.

apa yang anda akan dapat (tube, stone bubble, air pump (1 battery AA dah boleh running)

suis dan lubang angin

simple construction of the air pump



Tuesday, July 26, 2011

bagaimana mengira filter aquarium yang sesuai

setiap aquarium mesti mempunyai filter yang sesuai untuk mengelakkan dari terlebih atau terkurang menapis air dalam aquarium tersebut..setelah menggoogle, terjumpa la orang putih dok discuss bagaimana menentukan filter yang sesuai dengan saiz aquarium. kita ambil contoh yang termudah. saiz aquarium saya 2 x 1.5 x 1.5 kaki. pertama sekali, kita kena kira jumlah cubic capacity yang boleh muat dalam aquarium tu..

so, kita covert ke centimeter untuk lagi senang kira:
pakai http://www.unitconverters.net/ senang skit..hehe


60.96cm = 2kaki
45.72cm = 1.5kaki

2 kaki x 1.5 kaki x 1.5 kaki = 60.96cm x 45.72cm x 45.72cm
= 127425.81cm²

so nilai daraban tu adalah jumlah cubic capacity aquarium anda tu, ubah 3 titik perpuluhan. so jumlah liter yang boleh disi penuh adalah 127.425 liter.

di tukarkan kepada gallon ialah 33.66 gallon.

so nilai liter tu darabkan dengan tiga.

127.425 x 3 = 382.275

kenapa didarabkan dengan 3? filter perlu bekerja 3 kali ganda dari nilai air yang berada dalam aquarium. jadi nak beli filter aquarium untuk saiz aquarium yang diberikan tadi, boleh la beli dengan nilai tersebut.

lihat spesifikasi pada kotak filter sebelum beli. di kotak akan tertera " 400L/hrs". boleh la beli filter ni..klu nak beli yang besar pun boleh merosakkan kitaran air dan oksigen dalam air tu. penggunaan letrik akan berlebihan. contoh untuk filter yang menapis 400L/hours menggunakan 5 watt, bg 600L/hrs, nilai wattnya adalah 13W. bezakan? filter ni bukan kita pasang sekejap-sekejap. sepanjang masa kita pasang..so cari lah yang sesuai dengan aquarium anda..

selamat mengira..:D

upgraded my fish tank

assalamualaikum..minggu lepas ronda-ronda shah alam..mencari kedai aquarium area taman tasik. kedai yang di rekemen oleh member. so meronda-ronda lah kawasan shah alam tu..setengah jam jugak la cari kedai ikan tu..


kedai ni amat besaq la utk kedai aquarium..dari sekecik-kecik ikan..sampai la ke arapaima..semua ada dalam kedai ni..harga boleh tahan jgk la..masuk-masuk ja dah tgk live plant tank..sempoi..
modai besaq ni...huhu

so cakap banyak tak mau terus mencari ikan yang aku nak..swordtail sepasang, red garra sepasang dan ikan kap (kot) sepasang..so masuk la dalam tank aku. yang originalnya ada 3 red gourami (sepat merah ) dalam tank tu.. inilah hasilnya..
air masih berkeladak akibat kurang filter
sepat merah, red gara (mcm ikan kat spa tu)
lepas ni nak beli aquarium filter untuk ikan-ikan ni..nak harap bubble maker tu tak jadi apa nanti..

Wednesday, July 13, 2011

mancing wei...

dah lama aku tak update blog aku nih..naik sawang dah laman sesawang nih..haha
pg layan memancing bersama geng2 staff kolej matrik..layannkan aje..

 apa la yang dicerita wan ni
 mengushar kot² ada yang tersangkut
 mesin
 ikan pertama yang bakal naik
 ikan duri @ belukang
 tiga rasa la malam ni

Sunday, July 19, 2009

Friday, July 3, 2009

trial run

saja menerai henjin pagi2 buta lepas balik keja..jalan x cukup panjang untuk tarik gear 5..